Kutipan RM50.00
Mencari pelabur yang minat bersama-sama membangunkan Negeri Sembilan sebagai Hub Pengeluar Jagung Terbesar di Malaysia
RINGKASAN
PROJEK PENANAMAN JAGUNG MANIS
• PENGENALAN
· Industri pengeluaran tanaman berasaskan
komoditi telah mengalami melalui pelbagaperubahan daripada sistem penanaman
secara konvensional kepada pengeluaran yangmemerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan
pengeluaran makanan yang semakinkompetitif. Bagi memesatkan pengeluaran hasil
pertanian secara komersialisasi,pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun
perlu dibangunkan untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasil
pengeluaran dan pendapatan.
· Jagung dalam bahasa saintifiknya zea mays L,
merupakan tanaman bijirin daripadakeluarga Gramineae yang berasal dari benua
Amerika Tengah.
· Ia mula diperkenalkan di Malaysia sebagai
jagung manis pada awal tahun 1970-an dankawasan-kawasan pengeluar utama jagung
di Semenanjung Malaysia ialah negeri Johor,Kelantan, Pahang dan Perak.
· Penanaman jagung hanya dijalankan di tanah
yang sesuai dan subur sahaja di antarasuhu 30-35°C selain memerlukan 500-700
milimeter (mm) hujan dengan taburan seratasepanjang musim penanaman supaya
hasil tongkol yang dikeluarkan adalah bergred tinggi.
· Bagi menghasilkan jagung yang berkualiti,
penanaman jagung di tanah yang sesuai mestilah berprofil melebihi 50 sentimeter
(cm) dan bersaliran baik.
· Selain itu, tanah yang diperlukan bagi
tanaman ini mempunyai pengudaraan yang baik di samping mengandungi bahan
organik melebihi 1.5 peratus.
· Tanaman jagung yang
diusahakannya hanya memerlukan tempoh 75 ~ 100 hari untukproses menuai dan
tanam semula.Kenapa Syarikat MEEDCJELEBU CONSOLIDATED SDN BHD memilih untu
menjalankan penanamanJagung Manis diantaranya ialah Permintaan Jagung
Manis sentiasa meningkat di pasaran
· Jagung manis adalah
satu perniagaan yang berpotensi tinggi kerana mempunyai permintaan yang
sentiasa meningkat di pasaran.
·
Pengusaha jagung di negara ini tidak ramai, kebanyakan jagung di Malaysia
diimport dari luar negara.
· Kebanyakan pengusaha
penanaman jagung berskala kecil
· Melihat kepada potensi
yang ada di pasaran ini maka syarikat MEEDCJELEBU CONSOLIDATED SDN
BHD berkolobrasi bersama syarikat DIA J Enterprise
membangunkan perancangan penanaman berskala
besar ( 500 ekar ~1000 ekar )
· Membantu Kilang
Jagung Lerai FAMA Kuala Pilah & Kilang Golden Corn Marketig
Sdn Bhd yang sentiasa kekurangan bekalan jagung mentah dan memaksa kilang-
kilang tersebut beroperasi secara tidak teratur (beroperasi secara minimum –
bergantung pada stok yang tersedia )
· Menyahut seruan atau
dasar pertanian yang telah di wartakan oleh
Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2019 –
menjadikan Negeri Sembilan sebagai Hub Pengeluaran jagung terbesar di
Malaysia atau lebih di kenali sebagai Lembah Jagung
· MEEDCJELEBU
CONSOLIDATED SDN BHD juga melihat peluang besar
untuk mempelbagaikan produk hiliran berasaskan jagung – inovasi terbaru
yang akan di bangun kan kelak
· Khasiat jagung manis
juga menarik minat syarikat menceburi dan mengembangkan pertanian jagung
di mana jagung juga tanaman yang mempunyai karbohidrat, serat dan sejumlah
zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia seperti vitamin B, dan C,
karoten, kalium, zat besi, magnesium, fosfor, omega 6, dan lemak yang
dapat membantu menurunkan kolesterol.( Dalam setiap 100 gram jagung,
terkandung gizi 355 Kalori, 9,2 gr protein, 73,7 gr karbohidrat, 10 mg kalsium,
256 mg fosfor, 2,4 mgferrum, 510 SI vitamin A, 0,38 mg vitamin B1 dan air
sebanyak 12 gr.)
· Mengujudkan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat
· Melahirkan lebih ramai lagi usahawan muda
menceburi peluang perniagaan penanaman jagung secara “ contract farming “
·
Syarikat MEEDCJELEBU CONSOLIDATED SDN BHD juga merancang
di masa hadapan agar dapat membekal dan menjual hasil tani, bahan asas
pertanian, baja, benih, jentera tani, kerja-kerja pertanian dan membersih
kawasan pertanian ( sewaan mesin ) bagi membantu usahawan kecil
No Transaksi | Jumlah Sumbangan | Tarikh |
---|---|---|
DKKamarul-20220228090347-7171 | RM50.00 | 2022-02-28 17:03:48 |