support@theberhad.com Jalan Keluli AP7/AP, Seksyen7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Berita & Aktiviti Terkini

MAJLIS BERBUKA PUASA

  • Admin
  • 24 APRIL 2022 - Majlis Semarak Ramadhan Meraikan dan Sumbangan Anak Yatim & OKU bersama Persatuan Bakti Kasih dan beberapa lagi. Hadir Wak Doyok Tengku ADENA Dato Seri Ahmad Khusairi dan ramai lagi memeriahkan majlis yang penuh berkah.Sama-sama kita mendoakan di bulan Ramadhan ini semoga anak-anak Syurga ini diberi kekuatan dan usaha yang dijalankan ini berterusan.

  • Lihat Youtube

JEMPUTAN BERBUKA PUASA

  • Admin
  • 23-4-2022 Majlis Semarak Ramadhan Meraikan dan Sumbangan Anak Yatim & OKU bersama Persatuan Bakti Kasih dan beberapa lagi. Hadirnya Wak Doyok Tengku ADENA Dato Seri Ahmad Khusairi dan ramai lagi memeriahkan majlis yang penuh berkah. Sama-sama kita mendoakan di bulan Ramadhan ini semoga anak-anak Syurga ini diberi kekuatan dan usaha yang dijalankan ini berterusan.

  • Lihat Youtube

MISI BANTUAN BANJIR HULU LANGAT

  • Admin
  • 27-Dec-2021 Alhamdulillah MEEDC Malaysia berjaya melaksanakan misi bantuan banjir dengan sokongan dan gabungan beberapa lagi NGO dan sukarelawan yang hadir pada hari tersebut. Sepanjang perjalanan, hati kami disentuh rasa pilu melihat kediaman tempat tinggal serta bangunan yang rosak akibat bah yang datang tanpa diduga. Misi juga turut dihadiri Presiden MEEDC Tengku Adena, Penasihat Eksekutif Tetap Dato' Seri Ahmad Khusairi juga turut serta Penaung Kehormat Di Raja MEEDC YAM Tengku Puteri Dato' Sri Hjh Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. YAM Tengku amat berbesar hati dan meluah rasa simpati kepada seluruh keluarga yang terkesan dan mendoakan agar mereka terus tabah juga kuat menghadapi ujian Allah. Dalam misi yang sama, kehadiran dari beberapa lagi syarikat swasta yang menjadi sukarelawan, perjawatan usahawan MEEDC dari negeri Selangor juga bantuan dari anggota PDRM turut sama memberikan kerjasama. Semoga musibah ini menjadi iktibar kepada semua pihak dan Sama-sama lah kita mendoakan agar saudara kita yang terkesan akibat banjir ini diberi ketabahan serta kekuatan yang tinggi.

  • Lihat Youtube

Lawatan Penaung Kehormat MEEDC bersama VVIP di Grocer99.com

  • Admin
  • 12 April 2022 - Grocer99 mendapat kunjungan istimewa daripada YM Tengku Shamsul Bahari, Penaung MEEDC Malaysia yang buat pertama kali hadir melihat perlaksanaan projek pertama dibawah platform pembangunan ekonomi MEEDC Malaysia. Turut hadir Group CEO Great Neptune Group of Companies, YBHg Dato' Abdul Aziz bin Haji Zakaria juga Dato' Seri Hanafi daripada Dewan Perniagaan Usahawan sahabat kepada Penasihat Eksekutif Tetap MEEDC Malaysia. Grocer99 telah pun berada pada tahap 80% pengoperasian dan bakal mengadakan soft launching tidak lama lagi.

  • Lihat Youtube

Lawatan Kerja dan Kunjungan Hormat di Embassy of Turkish

  • Admin
  • 21 Jan 2022, Kehadiran MEEDC Malaysia telah disambut mesra oleh MS Gonul dari pejabat Educational Councellor bagi menyampaikan hasrat jalinan kerjasama dari sudut pendidikan, budaya dan pembangunan ekonomi secara dua hala. Rangka kerja sedang disusun oleh kedua pihak bagi memastikan kerjasama ini bakal memberikan impak kepada hubungan kepada kedua negara. Teruja dengan idea dan perancangan dari MEEDC, Ms Gonul amat berbesar hati ingin membantu merealisasikan hasrat yang dibawa oleh MEEDC Malaysia dan akan mengaturkan pertemuan seterusnya dalam masa terdekat.

  • Lihat Youtube

Lawatan MEEDC ke Kem Bridged Tengah PGA Cheras & Penyampaian Sijil Penghargaan Misi Bantuan Banjir

  • Admin
  • 20 Januari 2022, MEEDC hadir bertemu Komandan Kem PGA Bridged Tengah, YDH DCP Muhammad bin Abdul Halim bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada seluruh anggota terlibat di dalam misi bantuan banjir yang dianjurkan oleh MEEDC Malaysia di Hulu Langat Disember 2021 yang lalu. MIsi yang turut dihadiri oleh YAM Tengku Puteri Dato' Seri Hajah Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Penaung Kehormat MEEDC telah berjalan dengan lancar dengan bantuan anggota dari Kem Bridget Tengah PGA Cheras pada hari terbabit. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

  • Lihat Youtube

MAJLIS BERBUKA PUASA

  • Admin
  • Tahniah puan christenaida, atas majlis pra lancar produk keluaran beliau dibawah syarikat Meedc Seremban Consolidated Sdn Bhd. Lawatan MEEDC Malaysia ke booth Kryztal the halal premium hub di Alson Klana Seremban semalam, memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk fasa seterusnya, raising fund. Produk air mineral yang bakal berada di GROCER99.com tidak lama lagi.

  • Lihat Youtube

SUSHIWAK BAKAL BERADA DI GROCER99

  • Admin
  • Peminat makanan Jepun Sushiwak boleh mendapatkan produk hasil keluaran Pelawak, Pelakon dan Selebriti negara Wak Doyok di Grocer99 Mart .com tidak lama lagi. Kepada yang masih belum tahu, Grocer99.com adalah kedai frozen yang membawakan produk-produk keluaran bumiputera islam yang terbaik di pasaran. Kualiti terbaik dan jaminan produk 100% halal juga memberikan pulangan yang berbaloi, jika anda berbelanja disini. #HalalituWajib

  • Lihat Youtube

MEEDC MALAYSIA 1ST ANNUAL DINNER 2021

  • Admin
  • MEEDC 1st Annual Dinner & Business Award 2021 berlangsung pada 9 Disember 2021 bertempat di IDCC Shah Alam dengan kehadiran Penaung Kehormat MEEDC , Presiden, Penasihat Eksekutif, Perjawatan juga tetamu jemputan Khas yang membawa pulang anugerah terbaik usahawan sepanjang tahun 2021. Malam anugerah yang penuh penghargaan kepada perjuangan usahawan negara yang sentiasa berusaha menjadi pemain industri terbaik pembina ekonomi negara. Hasrat untuk membangunkan ekonomi bumiputera islam ke peringkat lebih tinggi ini dilihat adalah sebuah wardah baru perjuangan NGO MEEDC Malaysia dalam idan keusahawanan seiring laungan tagline 'United We Grow the Nation' - Dato' Seri Ahmad Khusairi.

  • Lihat Youtube

Peluang Perniagaan Online Yang Mudah Jual, Kurang Risiko

  • Admin
  • Mencari idea untuk Peluang Perniagaan Online yang mudah jual dan mengurangkan risiko kerugian adalah amat penting. Terdapat banyak kategori peluang perniagaan online yang evergreen bukan bermusim, sesuai untuk anda jalankan secara berterusan.

  • Lihat Youtube

Pembangunan App Perniagaan Untuk Peniaga Kecil & Sederhana

  • Admin
  • Pembangunan app boleh membantu meningkatkan saingan kepada app pengeluar antarabangsa supaya peniaga lokal SME dapat kekal berniaga dengan selesa tanpa bayaran caj tambahan berganda.

  • Lihat Youtube

Proses PDPR Dapat Ditingkatkan

  • Admin
  • Proses PDPR dapat ditingkatkan dengan cara yang baik apabila semua pihak dapat beri kerjasama. Disamping pihak guru dapat menyediakan latihtubi secara online dan offline pada setiap peringkat fasa pendidikan bilik darjah.

  • Lihat Youtube

Perternakan dan Perladangan Dapat Diperluaskan

  • Admin
  • Perternakan dan perladangan dapat dikembangkan kepada perternak dan pekebun baru supaya mereka mempunyai kebolehan pendapatan lebih daripada satu.

  • Lihat Youtube

Jadi Usahawan VIP Kami ?