Projek Hiasan Dalaman Dengan Teknologi 3D
Projek hiasan dalaman ini terbuka kepada semua agensi dan syarikat hiasan dalaman perumahan. Mereka boleh memberi pilihan kepada pelanggan untuk mendapatkan hiasan dalaman secara online sahaja iaitu dengan melalui teknologi 3D AR, tanpa perlu datang showroom. Dengan norma baharu seiring dengan musim pandemik ketika ini, pelanggan boleh amati pemandangan daripada pelbagai sudut seolah mereka sendiri berada di kawasan yang sebenar.
Teknologi 3D AR ini masih baru di pasaran lokal. Dan projek ini memberi impak kepada perkembangan pasaran hiasan dalaman dan perumahan dikalangan warga tempatan. Kempen diwujudkan bagi menambah tenaga pakar dalam pasukan kami dan dapat menghasilkan lebih banyak produk berkaitan.