Kutipan RM0.00
Untuk mengimport minyak hitam kereta dari Turki yang berkualiti & bertaraf global. Ianya bertujuan, bagi memberi pendidikan kepada pengguna kenderaan supaya memilih minyak yang betul-betul berkualiti.
Bila cerita tentang servis enjin, sememangnya tidak boleh dipisahkan tentang jenama dan jenis minyak hitam yang bakal dipilih. Agak ramai pemilik kereta yang terlalu fokus untuk memilih fully-synthetic dan semi-synthetic tanpa hiraukan gred minyak hitam yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.
Ada juga sesetengah pemilik kereta yang serahkan bulat-bulat hal pemilihan minyak hitam kereta pada pomen di bengkel. Persoalannya, adakah jenis dan gred minyak hitam yang dipilih oleh pomen betul-betul sesuai dengan enjin kereta anda sepertimana yang disyorkan penyeluar?
Jadi, tanggunggjawab tentang pemilihan minyak hitam sememangnya di tangan anda sendiri. Kereta milik anda… sepatutnya anda perlu faham terlebih dahulu keperluan enjin semasa membuat pilihan. Tidak boleh serahkan sepenuhnya pada pomen! Buatlah sedikit carian jika sayangkan kereta anda.
Kita tidak cerita tentang masalah yang akan timbul 2 ke 3 bulan akan datang. Penjagaan minyak hitam akan memberi kesan pada kereta anda dalam tempoh 3 ke 4 tahun akan datang. Cuba bayangkan kesilapan memilih minyak hitam mengakibatkan anda perlu tanggung beribu ringgit untuk kos overhaul di masa akan datang!
ATAS KESEDARAN INILAH, KAMI MENCARI DAN MENEMUI SYARIKAT XENOL DARI TURKI YANG MEMPUNYAI MINYAK ENJIN YANG BERKUALITI DAN MENEPATI PIAWAIAN ANTARA BANGSA. JUGA BERTUJUAN UNTUK MENARIK PENGGUNA DI MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN MINYAK RECYCLE AGAR BERALIH KE XENOL.
No Transaksi | Jumlah Sumbangan | Tarikh |
---|