Sokongan bersama MEEDC untuk terokai potensi usahawan ke peringkat antarabangsa dengan cara sistematik, berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang terbukti berkesan. Khidmat nasihat dan panduan akan diterapkan supaya semua potensi usahawan berjaya ke peringkat yang lebih baik tidak lama lagi.
SME 2 IPO adalah program yang dibuat khusus kepada pemilik perniagaan yang bakal menjadikan syarikat mereka ke arah pasaran modal (masuk dan bakal berada di pasaran saham). Pendedahan yang dapat memberikan panduan hebat bagaimana pemilik syarikat dapat bersedia dari segi mental dan fizikal dan perkara-perkara yang mereka perlu lakukan demi memastikan syarikat mereka ‘gemilang’ dalam arena perniagaan.
Meningkatkan ekuiti usahawan bumiputera ke paras 30 - 50% melalui kekuatan gabungan panduan teknikal & strategi yang teliti, kesedaran dan motivasi untuk menyenaraikan syarikat perniagaan anda di Pasaran Saham Bursa Malaysia atau di lain-lain tempat seperti di Singapore Stocks Exchange, DowJones, London Stocks Exchange, Nasdaq, New York Stocks Exchange.
Kempen Lengkap
Usahawan Berdaftar
Pencapaian Tertinggi
Pelabur Aktif
Untuk menjalankan perniagaan harus memiliki ILMU. ILMU haruslah dipraktikkan seterusnya ILMU tersebut perlu sampaikan kepada seluruh usahawan demi merealisasikan Negara Keusahawanan menjelang 2030.Inilah yang diterapkan dalam MEEDC Malaysia. Satu Platform Kesusahawanan dalam menggabung kepakaran usahawan.
MEEDC adalah platform usahawan yang terbaik tersedia untuk menimba ilmu keusahawanan, mengenali potensi diri dan syarikat serta peluang untuk pergi ke peringkat antarabangsa. Dengan penerapan ilmu sbg teras sambil dikelilingi oleh “circle” yang positif; insyaAllah cita cita dan aspirasi saya boleh direalisasikan.
Program yang direkabentuk oleh MEEDC mampu membawa usahawan hingga ke peringkat Antarabangsa menerusi Formula 3P iaitu Pendidikan, Pembangunan dan Pelaburan. Semangat tagline UNITED WE GROW THE NATION di bawah kesatuan hati dan kebersamaan dalam membina Pembina kuasa ekonomi di Malaysia
MEEDC membuat saya bangkit untuk berjaya dalam perniagaan.. Dengan pendidikan berterusan, saya akan terus ampuh dalam Perniagaan dan berkeyakinan tinggi untuk membuat Pelaburan.. MEEDC terbaik, membantu merubah masa hadapan saya.. United We Grow the Nation
Kita perlu ada ASPIRASI! Program MEEDC adalah keputusan yang bijak demi kelangsungan ekonomi Agama, bangsa dan Negara. Saya menyeru dan menjemput anda menyertai kami demi mencipta ekosistem ekonomi yang lebih tersusun dan bersistematik.
"Saya sangat teruja ilmu pemecut2IPO yang akan membawa syarikat kami ke IPO BSKL 2026 nanti, Insyallah"
Suatu kehilangan yang merubah segalanya. Dulu saya pernah rugi jutaan ringgit dlm perniagaan, wlaupun punya duit tp sya kurang ilmu perniagaan. Sekarang saya bangkit untuk merubah kehidupan saya, bersama Platform MEEDC di mana menerapkan 3 P ( Pendidikan , Perniagaan & Pelaburan ) Saya join kelas demi kelas , saya join zoom dan saya join circle yang betul. Saya juga berdoa & berharap agar MEEDC dapat merealisasikan impian usahawan agar menjadi Jutawan , Hartawan & Dermawan..
"Alhamdulillah, Kaedah RAISEFUND mampu membina syarikat kami ke valuation yang lebih tinggi iaitu Bankable & Investable"
Berita & artikel sebagai rujukan usahawan sebagai pengetahuan dan motivasi harian..
lihat semua berita24 APRIL 2022 - Majlis Semarak Ramadhan Meraikan dan Sumbangan Anak Yatim & OKU bersama Persatuan Bakti Kasih dan beberapa lagi. Hadir Wak Doyok Tengku ADENA Dato Seri Ahmad Khusairi dan ramai lagi memeriahkan majlis yang penuh berkah.Sama-sama kita mendoakan di bulan Ramadhan ini semoga anak-anak Syurga ini diberi kekuatan dan usaha yang dijalankan ini berterusan.
23-4-2022 Majlis Semarak Ramadhan Meraikan dan Sumbangan Anak Yatim & OKU bersama Persatuan Bakti Kasih dan beberapa lagi. Hadirnya Wak Doyok Tengku ADENA Dato Seri Ahmad Khusairi dan ramai lagi memeriahkan majlis yang penuh berkah. Sama-sama kita mendoakan di bulan Ramadhan ini semoga anak-anak Syurga ini diberi kekuatan dan usaha yang dijalankan ini berterusan.